Jangan campak dirimu dalam kebinasaan

Ramai yang keliru berkenaan firman Allah,

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Al-Baqarah : 195

Imam al-Bukhari meriwayatkan, dari Hudzaifah, katanya, “Ayat tersebut diturunkan berkenaan dengan masalah infaq.”

Al-Laits bin Sa’ad meriwayatkan dari Yazid bin Abi Habib, dari Aslam Abi Imran, katanya, ada seseorang dari kaum muhajirin di Konstantinopel menyerang barisan musuh hingga mengoyak-ngoyak mereka, sedang bersama kami ada Abu Ayub al-Anshari.

Beberapa orang berkata,

“Orang itu telah mencampakkan dirinya sendiri ke dalam kebinasaan,”

Begitulah yang dinaqalkan oleh al-Imam Ibnu Kathir. Namun kefahaman ini telah disanggah oleh seorang sahabat yang lain.

Abu Ayub bertutur, “Kami lebih mengerti mengenai ayat ini. Sesungguhnya ayat ini diturunkan berkenaan dengan kami. Kami menjadi sahabat Rasulullah, bersama beliau kami mengalami beberapa peperangan, dan kami membela beliau. Dan ketika Islam telah tersebar unggul, kami kaum Anshar berkumpul untuk mengungkapkan suka cita.

Lalu kami katakan,

Sesungguhnya Allah telah memuliakan kita sebagai sahabat dan pembela Nabi sehingga Islam tersebar luas dan memiliki banyak penganut. Dan kita telah mengutamakan beliau daripada keluarga, harta kekayaan, dan anak-anak. Peperangan pun kini telah berakhir, maka sebaiknya kita kembali pulang kepada keluarga dan anak-anak kita dan menetap bersama mereka, maka turunlah ayat ini kepada kami.

Jadi, kebinasaan itu terletak pada tindakan kami menetap bersama keluarga dan harta kekayaan, serta meninggalkan jihad.

*

Begitu jelas & terang fikrah sahabat apabila berinteraksi dengan Quran. Ayat Quran turun menegur amal mereka.

Sebenarnya meninggalkan infaq & pengorbanan merupakan kebinasaan kerana melemahnya barisan orang beriman & menggembirakan musuh.

………………………………………………………………………………………………………………………….

QURANIC CIRCLE (QC) GROUP

Jika anda tercari-cari medium dan support group untuk berhijrah
dan sama-sama kembali kepada Quran
😇😇😇

Sama-sama nak usaha menjadi muslim/muslimah Qurani di zaman kontemporari ini,
🤩🤩🤩

Jom join kami!!
👋🏻👋🏻👋🏻

PM Bro Muassis
https://tinyurl.com/QCforBros

PM Sis Iman Moment
https://tinyurl.com/QCforSis

*
Dibawakan kepada anda oleh Muassis, Iman Moment dan Pertubuhan Muslim Proaktif 🙌🏻

Other Articles:

Share:

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Blog
Ahmad Syakir Rurol Mukhan

Jangan campak dirimu dalam kebinasaan

Ramai yang keliru berkenaan firman Allah, وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ Dan belanjakanlah (apa

Read More »
Blog
Dr. Azniza Azrai

Penawar cintakan dunia

Kala ini, teriakan keakuan dan sifat wahn (cintakan dunia) tumbuh melata di laman media. Tidak kurang ramainya yang mahukan perniagaan dan pelaburan yang menguntungkan tanpa menghiraukan cara.

Read More »
Blog
Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Mengapa si mati lebih memilih amalan bersedekah seandainya diberi peluang kembali ke dunia

Sebagaimana firman 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 ﷻ : ‎رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ ❞𝑾𝒂𝒉𝒂𝒊 𝑻𝒖𝒉𝒂𝒏𝒌𝒖, 𝒔𝒆𝒌𝒊𝒓𝒂𝒏𝒚𝒂 𝑬𝒏𝒈𝒌𝒂𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒆𝒏𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒖𝒏𝒅𝒂 (𝒌𝒆𝒎𝒂𝒕𝒊𝒂𝒏)𝒌𝒖 𝒔𝒆𝒅𝒊𝒌𝒊𝒕 𝒘𝒂𝒌𝒕𝒖 𝒍𝒂𝒈𝒊, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒂𝒌𝒖 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕

Read More »