Hadis Sedekah

Hadis dari junjungan mulia kita Nabi Muhammad S.A.W. berkenaan sedekah.

setiap langkah untuk menunaikan solat adalah sedekah sujood

1. Hadis Sedekah Bukan Sekadar Wang

- كُلُّ سُلامَى مِنَ النَّاسِ عليه صَدَقَةٌ، كُلَّ يَومٍ تَطْلُعُ فيه الشَّمْسُ، يَعْدِلُ بيْنَ الِاثْنَيْنِ صَدَقَةٌ، ويُعِينُ الرَّجُلَ علَى دابَّتِهِ فَيَحْمِلُ عليها، أوْ يَرْفَعُ عليها مَتاعَهُ صَدَقَةٌ، والكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ، وكُلُّ خُطْوَةٍ يَخْطُوها إلى الصَّلاةِ صَدَقَةٌ، ويُمِيطُ الأذَى عَنِ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ.
Sabda Rasulullah s.a.w:
Setiap anggota pada manusia itu padanya ada sedekah, setiap hari terbit padanya matahari.
-> Berlaku adil diantara dua orang (yang bertelagah) adalah sedekah,
-> Membantu seseorang untuk menaiki tunggangannya (kenderaannya) adalah sedekah,
-> Atau mengangkat barang ke atas tunggangannya adalah sedekah,
-> ucapan yang baik adalah sedekah,
-> setiap langkah untuk menunaikan solat adalah sedekah,
-> dan membuang benda yang menyakitkan di jalan adalah sedekah.
[Hadith Riwayat Imam Bukhari & Muslim]
"There is a (compulsory) Sadaqa (charity) to be given for every joint of the human body (as a sign of gratitude to Allah) everyday the sun rises.
1-To judge justly between two persons is regarded as Sadaqa,
2-and to help a man concerning his riding animal by helping him to ride it or by lifting his luggage on to it, is also regarded as Sadaqa,
3-and (saying) a good word is also Sadaqa,
4-and every step taken on one's way to offer the compulsory prayer (in the mosque) is also Sadaqa
5- and to remove a harmful thing from the way is also Sadaqa."

2. Hadis "Sedekah Subuh"

ما مِن يَومٍ يُصْبِحُ العِبادُ فِيهِ، إلَّا مَلَكانِ يَنْزِلانِ، فيَقولُ أحَدُهُما: اللَّهُمَّ أعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، ويقولُ الآخَرُ: اللَّهُمَّ أعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا.
"Tiada satu pagi yang datang melainkan diutuskan dua malaikat dan salah satu malaikat tersebut berdoa: ‘Ya Allah, berikanlah ganti (yang baik) kepada orang yang bersedekah’. Sedang malaikat yang satunya lagi mengatakan: ‘Ya Allah, timpakanlah kerugian kepada orang yang menahan hartanya.’ (HR al-Bukhari)
He reported him as saying that two angels come down every morning and one says, "O God, give him who spends something in place of it;” the other says, “O God, give him who withholds destruction.”

3. Hadis Sedekah Kepada Ibu/Ayah Yang Telah Meninggal Dunia

أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ أُمِّي افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا، وَأَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ، فَهَلْ لَهَا أَجْرٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا؟ قَالَ: «نَعَمْ»
Sesungguhnya seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: “Sesungguhnya ibuku meninggal secara mengejut (tiba-tiba), aku menyangka kalau dia dapat bercakap nescaya dia akan bersedekah, maka adakah dia mendapat pahala sekiranya aku bersedekah untuknya?” Rasulullah SAW menjawab: “Ya.”

Riwayat Bukhari (1388)

4. Hadis Sedekah Nabi di Bulan Ramadan

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، قَالَ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " أَجْوَدَ النَّاسِ وَأَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ ، فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ "
Ibnu Abbas radiallahu ‘anhuma berkata: "Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang paling murah hati, lebih-lebih ketika Jibril datang bertemunya pada malam bulan Ramadhan. Jibril datang bertemu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pada setiap malam Ramadhan dan mengajarnya al-Quran. Sesungguhnya sifat murah hati Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam lebih baik daripada angin yang bertiup."
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Manaqib, hadis no : 3313]
hadis sedekah walau kurma sujood

5. Hadis Sedekah Walau Kurma

اتقوا النارَ ولو بشقِّ تمرةٍ
"Jauhilah api neraka walau dengan (bersedekah sekecil) sebutir kurma. Jika tiada, maka hendaklah dengan kata-kata yang baik" [riwayat al-Bukhari].

6. Hadis Sedekah Tidak Mengurangi Harta

ما نَقَصتْ صَدَقةٌ مِن مالٍ، وما زاد اللهُ عَبدًا بعَفوٍ إلَّا عِزًّا، وما تواضَعَ أحَدٌ للهِ إلَّا رَفَعه اللهُ

7. Hadis Sedekah Ketika Kita Memerlukan

يا رسولَ اللهِ ! أيُّ الصدقةِ أفضلُ ؟ قال : أن تَصَّدقَ وأنت صحيحٌ شحيحٌ ، تأملُ العيشَ ، وتخشى الفقرَ

8. Hadis Sedekah Hapuskan Dosa

الصَّلَاةُ قُرْبَانٌ , وَالصَّوْمُ جُنَّةٌ , وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ
Solat itu satu bentuk mendekatkan diri kepada Allah, puasa adalah perisai, dan sedekah menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api.
[Musnad Ahmad, Musnad Anas bin Malik, hadis no: 14985. Shaikh al-Albani menyatakan isnadnya sahih dalam Sahih at-Targhib]

9. Hadis Pintu Syurga Sedekah


مَنْ أَنْفَقَ زَوْجَيْنِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، نُودِيَ مِنْ أَبْوَابِ الجَنَّةِ: يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا خَيْرٌ، فَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّلاَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّلاَةِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الجِهَادِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الجِهَادِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصِّيَامِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الرَّيَّانِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ. فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا عَلَى مَنْ دُعِيَ مِنْ تِلْكَ الأَبْوَابِ مِنْ ضَرُورَةٍ، فَهَلْ يُدْعَى أَحَدٌ مِنْ تِلْكَ الأَبْوَابِ كُلِّهَا؟ قَالَ: نَعَمْ وَأَرْجُو أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ
“Sesiapa menginfakkan sepasang (daripada harta benda) di jalan Allah, maka dia akan diseru dari pintu-pintu syurga, “Wahai hamba Allah, ini adalah satu kebaikan.” Sesiapa yang terdiri daripada kalangan orang yang solat, maka akan diseru daripada pintu solat, sesiapa yang terdiri daripada kalangan orang yang berjihad, akan diseru dari pintu jihad, sesiapa yang terdiri daripada kalangan orang yang berpuasa, akan diseru daripada pintu al-Rayyan, dan sesiapa yang terdiri daripada kalangan orang yang bersedekah, akan diseru daripada pintu sedekah.” Setelah itu, Abu Bakar R.A bertanya: “Demi bapa dan ibuku sebagai tebusanmu wahai Rasulullah! Tiadalah ke atas orang yang diseru dari pintu-pintu itu ditimpa daripada sebarang kemudaratan. Lalu adakah terdapat orang yang akan diseru daripada semua pintu-pintu itu?” Baginda menjawab: “Ya, dan aku berharap engkau termasuk dalam kalangan mereka.”

10. Hadis Wanita Bersedekahlah


خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَضْحًى أَوْ فِطْرٍ إِلَى الـمُصَلَّى، ثُمَّ انْصَرَفَ، فَوَعَظَ النَّاسَ، وَأَمَرَهُمْ بِالصَّدَقَةِ، فَقَالَ: أَيُّهَا النَّاسُ، تَصَدَّقُوا، فَمَرَّ عَلَى النِّسَاءِ، فَقَالَ: يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ، تَصَدَّقْنَ، فَإِنِّي أُرِيْتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ فَقُلْنَ: وَبِمَ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ، وَتَكْفُرْنَ العَشِيرَ، مَا رَأَيْتُ مِنْ نَاقِصَاتِ عَقْلٍ وَدِينٍ، أَذْهَبَ لِلُبِّ الرَّجُلِ الحَازِمِ، مِنْ إِحْدَاكُنَّ، يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ ثُمَّ انْصَرَفَ، فَلَمَّا صَارَ إِلَى مَنْزِلِهِ، جَاءَتْ زَيْنَبُ، امْرَأَةُ ابْنِ مَسْعُودٍ، تَسْتَأْذِنُ عَلَيْهِ، فَقِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، هَذِهِ زَيْنَبُ، فَقَالَ: أَيُّ الزَّيَانِبِ؟ فَقِيلَ: امْرَأَةُ ابْنِ مَسْعُودٍ، قَالَ: نَعَمْ، ائْذَنُوا لَهَا فَأُذِنَ لَهَا، قَالَتْ: يَا نَبِيَّ اللَّهِ، إِنَّكَ أَمَرْتَ اليَوْمَ بِالصَّدَقَةِ، وَكَانَ عِنْدِي حُلِيٌّ لِي، فَأَرَدْتُ أَنْ أَتَصَدَّقَ بِهِ، فَزَعَمَ ابْنُ مَسْعُودٍ: أَنَّهُ وَوَلَدَهُ أَحَقُّ مَنْ تَصَدَّقْتُ بِهِ عَلَيْهِمْ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: صَدَقَ ابْنُ مَسْعُودٍ، زَوْجُكِ وَوَلَدُكِ أَحَقُّ مَنْ تَصَدَّقْتِ بِهِ عَلَيْهِمْ
“Rasulullah SAW pergi menuju ke tanah lapang untuk mengerjakan solat Aidiladha atau Aidilfitri. Setelah selesai mengerjakan solat, Baginda menghadap ke arah jemaah, memberikan nasihat kepada mereka, dan memerintahkan mereka untuk bersedekah. Baginda bersabda: ‘Wahai orang ramai, bersedekahlah!’ Kemudian Baginda berjalan menuju ke jemaah wanita dan bersabda: ‘Wahai kaum wanita, bersedekahlah! Kerana sesungguhnya telah diperlihatkan kepadaku bahawa kamu (wanita) merupakan majoriti penghuni neraka.’ Mereka bertanya: ‘Apa penyebabnya, wahai Rasulullah?’ Baginda menjawab: ‘Kamu banyak mencaci dan banyak menderhakai suami. Belum pernah kulihat seorangpun yang kurang dari sudut akal dan agama, tapi pada masa sama mampu mengalahkan lelaki yang lebih berakal berbanding kamu.’ Kemudian Baginda pergi. Ketika Baginda sudah berada di rumahnya, datanglah Zainab, isteri Abdullah bin Mas‘ud meminta izin untuk bertemu Baginda. Seseorang berkata kepada Baginda: ‘Wahai Rasulullah, ini ialah Zainab.’ ‘Zainab yang mana?’ tanya Baginda. Orang itu menjawab: ‘Isteri Ibn Mas‘ud.’ Baginda bersabda: ‘Ya, izinkanlah dia masuk.’ Maka Zainab pun diizinkan masuk. Lantas beliau berkata: ‘Wahai Nabi Allah, sesungguhnya engkau memerintahkan kami untuk bersedekah. Aku mempunyai perhiasan yang memang milikku, dan aku ingin menyedekahkannya. Namun Ibn Mas‘ud merasakan bahawa dirinya dan anaknya adalah orang yang lebih berhak untuk aku beri sedekah.’ Nabi SAW bersabda: ‘Ibn Mas‘ud benar. Suami dan anakmu lebih berhak untuk kamu beri sedekah.’”

Riwayat al-Bukhari (1462)

11. Hadis Tangan Di Atas Lebih Baik

hadis tangan di atas (memberi) lebih baik sujood
الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ وَخَيْرُ الصَّدَقَةِ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللَّهُ وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللَّهُ
Tangan yang di atas (tangan yang memberi/berinfaq) lebih baik daripada tangan yang di bawah dan mulakanlah dengan kaum keluargamu. Sebaik-sebaik sedekah adalah dalam keadaan kaya. Sesiapa yang menjaga kehormatan dirinya maka Allah akan menjaganya dan barangsiapa yang merasa cukup maka Allah akan memberikan kecukupan kepadanya.”

Riwayat al-Bukhari (1427)

12. Hadis Setiap Kebaikan = Sedekah

كُلُّ مَعرُوفٍ صَدَقَةٌ
“Setiap kebaikan adalah sedekah”
[Hadis Riwayat al-Bukhari (6021)]

13. Hadis Kata-Kata Baik

وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ
“Kata-kata yang baik adalah sedekah.” (HR. Al-Bukhari no. 2707 dan Muslim no. 2332)

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI

download sujood app in iphone appstore
download sujood app in google play
Testimonial Masjid
Aplikasi Sujood membolehkan anda menderma kepada mana-mana masjid & surau pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Sujood dibangunkan & diuruskan oleh Studio 61 Sdn. Bhd. (1379822–H)