Ganjaran Bagi Mereka Yang Mempunyai Keuzuran Dan Terhalang Untuk Melaksanakan Ibadah

فَكَانَ يَزِيدُ يَصُومُ فِي السَّفَر،ِ فَقَالَ لَهُ أَبُو بُرْدَةَ: سَمِعْتُ أَبَا مُوسَى مِرَارًا يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا

Maksudnya: Adalah Yazid (bin Abi Kabshah) berpuasa ketika bermusafir, maka Abu Burdah telah berkata kepadanya: Aku mendengar Abu Musa (al-Asy’ari) berulang kali menyebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Jika seseorang hamba itu sakit atau bermusafir, ditulis baginya ganjaran yang sama seperti yang diamalkannya ketika dalam keadaan bermukim atau dalam keadaan sihat” 

(HR al-Bukhari, no. 2996)

Beberapa Noktah Penting Daripada Hadith:

1. Sesorang yang menjadi rutinnya melakukan amal soleh tertentu, namun terhalang disebabkan keuzuran yang diiktiraf Syara’ seperti sakit dan dalam keadaan bermusafir, maka dia tetap mendapat ganjaran pahala seperti mana dalam keadaan tidak uzur.

2. Contoh bagi keadaan di atas adalah seseorang yang pada kebiasaanya solat secara berdiri dan berjemaah di masjid, namun disebabkan keuzuran yang menimpanya, dia terpaksa solat di rumah dalam keadaan duduk atau berbaring. Maka, dia akan mendapat ganjaran seperti mana rutin kebiasaanya iaitu pahala solat berjemaah di masjid dan pahala menunaikan solat dalam keadaan berdiri (keadaan yang paling sempurna).

3. Contoh lain adalah seorang yang sentiasa menunaikan solat di awal waktu ketika dalam keadaan bermukim, namun ketika bermusafir, dia tidak sempat untuk menunaikan solat di awal waktu disebabkan kekangan masa dan faktor-faktor lain, maka dia akan diberikan pahala seperti solat di awal waktu yang menjadi rutin kebiasaanya.

4. Hadith ini sangat relevan jika melihat kepada situasi sekarang, iaitu di musim serangan wabak pandemik COVID-19. Seseorang yang pada kebiasaanya menunaikan solat berjemaah di masjid, namun terhalang untuk menjalankan rutin kebiasaanya disebabkan oleh wabak COVID-19 sama ada disebabkan oleh masjid yang ditutup bagi mengelakkan penularan wabak, atau dikuarantin kerana dijangkiti wabak COVID-19, atau dikuarantin kerana mempunyai kontak rapat yang disahkan positif COVID-19, maka dia tetap memperoleh pahala yang sama mengikut amalan yang biasa dilakukannya ketika bukan di musim COVID-19.

5. Keadaan ini termasuklah perkara-perkara lain yang biasa dilaksanakan pada bukan musim COVID-19, namum terhalang pada ketika ini seperti solat Jumaat, sedekah, solat sunat di masjid, menghadiri majlis ilmu, berdakwah, menyampaikan ilmu dan lain-lain lagi.

6. Hadith ini dikuatkan juga dengan beberapa hadith lain yang membawa maksud yang sama, antaranya ialah hadith-hadith berkenaan dengan Para Sahabat yang tidak dapat ikut serta dalam peperangan Tabuk disebabkan keuzuran, namun Nabi SAW menjanjikan mereka ganjaran yang sama seperti mereka yang keluar berperang.

7. Ibn Hajar al-‘Asaqalani Rahimahullah memberi komentar berkenaan hadith ini dengan berkata: “Hadith ini ditujukan bagi mereka yang melakukan ketaatan, lalu terhalang daripada melakukannya dalam keadaan dia berniat jika tidak terdapat penghalang, nescaya dia akan berterusan melakukan ketaatan tersebut” (Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 6/136).

8. Dua syarat untuk seseorang itu tetap mendapat pahala seperti dalam keadaan biasa walaupun terhalang, iaitu (1) niat untuk melaksanakan ibadah tersebut dan (2) ibadah tersebut merupakan perkara yang sentiasa dilaksanakan dalam keadaan biasa.

9. Jika seseorang itu berniat untuk melakukan ibadah tertentu, namun terhalang disebabkan keuzuran tertentu dan dalam masa yang sama ibadah tersebut bukanlah merupakan ibadah yang biasa dilaksanakannya pada keadaan biasa, maka ia hanya memperolehi ganjaran pahala niat yang baik, tetapi tidak memperolehi pahala melaksanakan ibadah tersebut.

10. Hadith ini menekankan bahawa sangat penting untuk seseorang itu istiqamah melaksanakan ibadah pada keadaan sihat dan biasa. Ia akan menjadi hadiah kepadanya jika tidak dapat melaksanakannya disebabkan oleh keuzuran tertentu.

11. Hadith ini juga menunjukkan bahawa teknik untuk menyampaikan maklumat dan mengajar agar ia berbekas di hati adalah dengan mengulang-ulang perkara tersebut seperti yang dilakukan oleh Abu Musa al-Asy’ari ketika menerangkan hadith ini kepada Abu Burdah.

12. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tetap akan memberikan ganjaran pahala yang sama kepada hamba-hambaNya walaupun tidak dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna.

13. Agama Islam sangat mudah untuk dipraktikkan dan relevan untuk setiap keadaan, masa dan tempat.

Other Articles:

Share:

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Blog
Ahmad Syakir Rurol Mukhan

Jangan campak dirimu dalam kebinasaan

Ramai yang keliru berkenaan firman Allah, وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ Dan belanjakanlah (apa

Read More »
Blog
Dr. Azniza Azrai

Penawar cintakan dunia

Kala ini, teriakan keakuan dan sifat wahn (cintakan dunia) tumbuh melata di laman media. Tidak kurang ramainya yang mahukan perniagaan dan pelaburan yang menguntungkan tanpa menghiraukan cara.

Read More »
Blog
Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Mengapa si mati lebih memilih amalan bersedekah seandainya diberi peluang kembali ke dunia

Sebagaimana firman 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 ﷻ : ‎رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ ❞𝑾𝒂𝒉𝒂𝒊 𝑻𝒖𝒉𝒂𝒏𝒌𝒖, 𝒔𝒆𝒌𝒊𝒓𝒂𝒏𝒚𝒂 𝑬𝒏𝒈𝒌𝒂𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒆𝒏𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒖𝒏𝒅𝒂 (𝒌𝒆𝒎𝒂𝒕𝒊𝒂𝒏)𝒌𝒖 𝒔𝒆𝒅𝒊𝒌𝒊𝒕 𝒘𝒂𝒌𝒕𝒖 𝒍𝒂𝒈𝒊, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒂𝒌𝒖 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕

Read More »